Reaching Vietnam 2017 | SECOND COLLEGE
» NEWS » Reaching Vietnam 2017

Reaching Vietnam 2017

  

  

 

Profesional Learning Mobility Programme Reaching Vietnam 2017 , Kolej Kedua telah diadakan pada 4 November sehingga 17 November 2017 bertempat di Ho Chi Minh, Vietnam. Program mobiliti jangka pendek ini telah berlangsung selama 14 hari di bumi Vietnam. Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada 9 peserta lelaki dan 17 peserta perempuan telah menyertai program ini dan diiringi oleh 3 orang pegawai pengiring . Bagi program mobiliti kali ini , pihak urusetia berhubung dengan bahagian Education Malaysia Vietnam dan mendapat bantuan sepenuhnya terhadap perhubungan delegasi bersama dengan universiti di Ho Chi Minh iaitu University of Economics and Finance (UEF) dan International University ,Vietnam National University (IU).

Delegasi ke Vietnam telah berlepas ke Lapangan Terbang Tan Son Nhat pada tanggal 4 November .Peserta program memulakan perjalanan di Ho Chi Minh dengan melawat Cu Chi Tunnels , Benh Tan Market dan Malaysia Street . Berdasarkan lawatan ini , peserta dapat mengetahui dan mengenali sejarah terkemuka negara Vietnam iaitu peperangan negara Vietnam dan ini merupakan salah satu objektif program iaitu melahirkan mahasiswa yang celik ilmu sepanjang hayat.

Hari keempat program dimulai dengan lawatan ke Pejabat Consulate General of  Malaysia, Education Malaysia . Pengisian lawatan ini adalah , peserta di bawa untuk melawat bangunan pentadbiran tersebut oleh Ms Minh Thuyen , Marketing Oficer dan kemudiannya sesi memperkenalkan sistem pendidikan di Vietnam dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti dan penerangan mengenai fungsi Education Malaysia di Vietnam. Peserta juga bertanyakan banyak soalan ketika sesi soal jawab bagi persediaan untuk mengikuti program pertukaran budaya dan akademik di UEF dan IU . Sebelum berakhirnya lawatan di Education Malaysia , Ms Minh Thuyen memberi penerangan terakhir mengenai perjalanan program sepanjang di universiti.

 

Hari seterusnya , peserta bergerak ke University of Economics and Finance untuk mengikuti program International Teambulding and Academic Exchange selama 2 hari di sana bersama sama pelajar  UEF. Delegasi disambut dengan meriah sekali oleh warga UEF dan peserta di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi pembukaan dan kata alu-aluan daripada Pengarah University of Economics and Finance,  Mr. Loc Do dan ucapan terima kasih daripada ketua delegasi Kolej Kedua iaitu Cik Noraseela Khalid atas penerimaan UEF ke atas lawatan delegasi. Agenda seterusnya adalah peserta di bawa melihat insfrastruktur universiti . UEF hanya mempunyai satu bangunan 14 tingkat dan bangunan ini mempunyai lif dan tangga. UEF ini dapat di jadikan contoh adalah kerana bilik kuliah nya mempunyai kemudahan teknologi terkini dan tidak ada vandalisme langsung disetiap pelusuk bangunan dari tandas hinggalah tangga dan dalam lif. Pelajarnya juga sentiasa beratur untuk menaiki lif. Satu penerapan budaya yang sangat bagus .

Antara aktiviti yang dijalankan di UEF adalah aktiviti teambulding yang dikendalikan oleh salah satu persatuan pelajar UEF iaitu International Exchange Friend Club (IEF) , pertandingan Dance War antara UPM-UEF dan peserta juga mengikuti kuliah bersama pelajar UEF setiap pagi sehingga tengahari. Dari pemerhatian pembelajaran dalam kelas , pelajar-pelajar Vietnam sangat aktif bertanya dan pensyarah lebih banyak melakukan aktiviti bagi merangkan sesuatu topik dalam kuliah . Aktiviti lain antaranya adalah Sight Seeing Ho Chi Minh with UEF , pelajar UPM dibawa merasai kehidupan luar kuliah sebagai seorang pelajar di Vitenam antaranya bekerja sambilan di Expo-expo. Semestinya ini adalah pengalaman paling menarik bagi semua peserta.

 

Pada 11-13 November , peserta-peserta melawat ke tempat menarik di Ho Chi Minh antaranya adalah  Sungai Mekong , Saigon Zoo and Botanical Garden , Dam Sen WaterPark dan Reunification Palace .

 

Pada 14-16 November 2017 , program diteruskan dengan Academic and Culture Exchange di International University , Vietnam National University . Di IU , antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi bual bicara bersama persatuan pelajar mengenai aktiviti pelajar di universiti masing-masing , peserta mengikuti kelas bersama-sama pelajar IU , perlawanan persahabatan futsal , aktiviti silang budaya iaitu Demonstrasi Masakan Tradisional Malaysia (rendang,soto dan cekodok pisang) , Demonstrasi Permainan Tradisional Vietnam , Explorace with National Clothes dan delegasi Kolej Kedua menyertai pertandingan IU Idol Contest bersempena Hari Guru. Peserta-peserta begitu seronok sekali kerana mendapat pelbagai pengalaman yang menarik antaranya, pengalaman menyertai pertandingan kebudayaan besar di universiti lain .

 

Secara keseluruhannya, objektif bagi program mobiliti kali ini telah berjaya dicapai dengan pelaksanaan dan kerjasama daripada semua pihak.

Date of Input: 12/01/2018 | Updated: 12/01/2018 | noradzhan

MEDIA SHARING

SECOND COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467358
0389467359
C1537725451