Kemeriahan Run For Life 6.0 | SECOND COLLEGE
» NEWS » Kemeriahan Run For Life 6.0

Kemeriahan Run For Life 6.0


RUN FOR LIFE 6.0

KOLEJ KEDUA- Program Run For Life 6.0 dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua dengan kerjasama Pengurusan Kolej Kedua, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Putra Malaysia buat kali keenam bagi mengumpul dana untuk disumbangkan ke Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras. Program ini telah berlangsung selama empat hari bermula pada 20 April 2017sehingga 23 April 2017 .

Selain mengumpul dana untuk Rumah Bakti Nur Syaheera, objektif program ini juga adalah untuk membina masyarakat yang prihatin dalam membantu orang lain, membentuk kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa bagi menjalinkan kerjasama dengan pihak luar bagi melaksanakan program. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Darah Negara bagi menjayakan lagi program ini.

Terdapat banyak pengisian sepanjang program ini antaranya adalah Larian Amal Neon Ballon Night Run, Searching For Integrity With SPRM , Fancy Futsal bersama Maharaja Lawak United, Rugby Touch Fever, Kempen Derma Darah, Zumba Festival dan juga Bazaar Jualan. Larian amal pada kali ini diadakan pada waktu malam, peserta dibekalkan dengan belon dan gelang neon disepanjang trek larian. Untuk Forum Searching For Intergity with SPRM, panelnya ialah Dato' Abdul Samat Kasah , Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan juga Ustaz Syamsul Amri Presiden Alumni Debat Malaysia.Forum yang bertajuk Terselak Kain sendiri ini telah dihadiri oleh hampir 600 orang penonton.

Updated:: 22/05/2017 [noradzhan]

MEDIA SHARING

SECOND COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467358
0389467359
C1510999836