|
Written by webmaster
|
|
Monday, 09 July 2007 |
|
 | Selamat Datang ke Laman Web Kolej Kedua, Universiti Putra Malaysia. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerana sudi melayari laman web ini |
Kolej Kedua kini telah mencapai usianya ke 37 tahun dan juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ternama di Malaysia. Adalah menjadi hasrat Kolej iaitu melahirkan warga kolej yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, bahkan cemerlang dari segi budi pekerti dan ketrampilan. Diharapkan dengan ilmu yang diperoleh di Universiti akan dapat melahirkan insan yang cemerlang dan berakhlak serta dapat menyumbang kepada kemajuan bangsa dan negara. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar baharu sesi 2008/09 yang telah terpilih untuk mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia. Selamat Datang juga diucapkan kepada para pelajar yang terpilih menginap di Kolej Kedua. Sekian, terima kasih. BERILMU BERBAKTI KOLEGIAT KEBANGGAAN BUDAYA CEMERLANG Dr. Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim Pemangku Pengetua |
|
Last Updated ( Tuesday, 24 June 2008 )
|